JomNiaga

Isnin, 11 November 2013

Permata Hati

Assalamualaikum, akhirnya aku selamat melahirkan putera pertama ku pada 3hb mei 2012 jam 06.04 pagi yang hening. Permata hatiku diberi nama Muhammad Haziq Aiman ( Yg terpuji, cerdik, bertuah). Semoga sifat dan tingkahlakunya seindah makna namanya.

Pengalaman pertama bersalin memang ''dasyat'' rasanya. Kini baru aku tahu macam mana sakit beranak. awal-awal bersalin aku rasa macam sakit yang xmampu aku ungkapkan sampai rasa tak nak lagi beranak. tapi sekarang bila aku renung dan pikir balik, sakit bersalin cuma seketika sahaja untuk menguji tahap kesabaran kita menghadapi kesakitan yang Allah berikan untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu. Dan hari ini aku rasa seronok dapat pengalaman bersalin normal. Selepas bersalin aku diuji dengan masalah anak mendapat jundis (Kuning), bacaan tahap jundisnya tinggi sehingga 400, doktor mencadangkan aku untuk tukar darah baby, walaubagaimanapun  pertukaran itu tidak diteruskan sebab keputusan ujian darah keesokkan harinya telah turun kepada 358 dan dua hari kemudian bacaan 160, baru lah aku dapat keluar dari hospital. Aku bersyukur kepada Allah diberi kesihatan kepada baby dan aku.

Selepas keluar hospital. aku balik kampung untuk berpantang. Tempoh berpantang selama 60 hari aku rasa cepat sangat berlalu..hari-hari yang dilalui bersama permata hatiku sangat singkat. untuk cepat sembuh jahitan, aku telah asah buah manjakani dan ambik patinya untuk sapu di tempat jahitan..memang cepat sembuh. Sepanjang aku berpantang aku tak mengambil sebarang ubat-ubatan sebab aku menyusu badan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan