JomNiaga

Selasa, 26 November 2013

Takaful untuk semua - Atas Kesedaran Sendiri

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum..ari ni cik liz nk kongsi sedikit ilmu tentang TAKAFUL..atau INSURAN.. dua perkataan yang berbeza tetapi konsep dan keutamaan adalah sama..

Takaful: Menurut akta takaful 1984, ia didefinasikan sebagai satu skim yang berasaskan PERSAUDARAAN, PERPADUAN dan BANTUAN kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Konsep: asasnya sistem takaful  berteraskan konsep KERJASAMA, TANGGUNGJAWAB, JAMINAN, PERLINDUNGAN dan saling membantu di kalangan peserta.

Dlm erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang di kongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan...kan ke bagus tu...sbb islam amat menggalakkan sifat tolong menolong pada mereka yang ditimpa musibah.

jadi pada sesiapa yang masih ragu-ragu untuk beli produk takaful ini, harap lepas ni jangan ada lagi perasaan sebegitu..sbb

1. Takaful medical card sangat diperlukan sekarang terutama ketika kita menghadapi musibah..kalau bukan kita yang hadapi musibah pun, secara x langsung kita sebagai peserta membantu pada peserta lain yang hadapi musibah..niat ikhlas situ pun kita dah dapat ganjaran akhirat sana...(Bekalan kita di SANA)

2. Dengan adanya takaful medical card kita sebagai ibu/bapa tidak akan rasa risau sekiranya apa-apa terjadi pada kita, anak2 di tinggalkan dengan wang yang mencukupi untuk masa depan mereka (Insha Allah), Kalau anak sakit, kita boleh lagi cari sumber kewangan untuk merawat anak2, tapi kalau kita sakit, siapa akan bantu cari sumber kewangan? Sekiranya kita namakan anak sebagai peserta, maka apa-apa yang berlaku pada kita..otomatik premium bulanan tak payah bayar..sehingga anak umor 25 tahun dia boleh keluarkan duit yang free itu.

3. Jangan risau duit yang kita bayar bulan2 akan ditolak bila kita ada buat tuntutan..sbb had perlindungan lain dengan duit simpanan...so kalau ada apa2 hal berlaku pada kita, kita boleh tuntut sehingga lmit dia lah..and bila sampai tempoh matang kita boleh keluarkan duit simpanan kita..mmg xada rugi apa2 pun...lagi satu duit yang kita simpan itu tak terlibat dengan RIBA..mcm simpan di bank.

Kesimpulannya kita kena cepat sedar dan ambik tindakan awal, sbb makin umur berusia makin tinggi nilai premium kena bayar..ini ditujukan untuk diri sendiri huhuhu...

Sebarang permasaalahan berkenaan takaful bolehlah kita bincangkan di sini...


 

Isnin, 11 November 2013

Cara-cara mudah untuk mengerjakan haji / umrah

Assalamualaikum pada semua sehabat2 yang mengunjungi blog cik lizz yang xseberapa ni..
first of all cik lizz nak kongsi le cara2 yang mudah sekarang ni tuk mengerjakan haji ataupun umrah..kita xperlu dh nk tguu Q dr tabung hj yg mgkin mengambil masa bertahun tahun br naik nama kita...baru2 ni ade sorang agen insurance great eastern dtg kongsi cerita berkenaan produk yang baru di lancarkan iaitu i-amal, ini tujuan utama tuk umat islam menunaikan rukun islam yang ke 5 dengan lebih selesa dan cepat.
dari pemahaman cik lizz ni, ia bagus sbb kita hanya perlu simpan serendah RM50 sebulan selama berapa tempoh target tuk ke mekah. di samping kita simpan, i-amal akan beri perlindungan pada kita bila pegi mekah..atau incase ada apa2 hal berlaku pada kita belum sempat nak ke mekah..bila dh cukup simpanan kita akan pegi ikut i-amal punya pakej. So kat sini cik lizz ada pamplet berkenaan i-great amal. untuk tahu lebih lanjut sila lah hubungi agent di bawah ni. (free je).

Halwa Mata

Koleksi Cinta

Permata Hati

Assalamualaikum, akhirnya aku selamat melahirkan putera pertama ku pada 3hb mei 2012 jam 06.04 pagi yang hening. Permata hatiku diberi nama Muhammad Haziq Aiman ( Yg terpuji, cerdik, bertuah). Semoga sifat dan tingkahlakunya seindah makna namanya.

Pengalaman pertama bersalin memang ''dasyat'' rasanya. Kini baru aku tahu macam mana sakit beranak. awal-awal bersalin aku rasa macam sakit yang xmampu aku ungkapkan sampai rasa tak nak lagi beranak. tapi sekarang bila aku renung dan pikir balik, sakit bersalin cuma seketika sahaja untuk menguji tahap kesabaran kita menghadapi kesakitan yang Allah berikan untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu. Dan hari ini aku rasa seronok dapat pengalaman bersalin normal. Selepas bersalin aku diuji dengan masalah anak mendapat jundis (Kuning), bacaan tahap jundisnya tinggi sehingga 400, doktor mencadangkan aku untuk tukar darah baby, walaubagaimanapun  pertukaran itu tidak diteruskan sebab keputusan ujian darah keesokkan harinya telah turun kepada 358 dan dua hari kemudian bacaan 160, baru lah aku dapat keluar dari hospital. Aku bersyukur kepada Allah diberi kesihatan kepada baby dan aku.

Selepas keluar hospital. aku balik kampung untuk berpantang. Tempoh berpantang selama 60 hari aku rasa cepat sangat berlalu..hari-hari yang dilalui bersama permata hatiku sangat singkat. untuk cepat sembuh jahitan, aku telah asah buah manjakani dan ambik patinya untuk sapu di tempat jahitan..memang cepat sembuh. Sepanjang aku berpantang aku tak mengambil sebarang ubat-ubatan sebab aku menyusu badan.


Jom daftar..:)


Khamis, 25 Julai 2013

Puding Oreo

Mggu lepas aku try buat puding oreo, wah tak sangka mmg menjadi dan sedapppp sgt2..hehehe (over kan)..tp betul..mmg sedap, anak aku si haziq aiman tu mkn satu tuppaware tu pun xcukup..terpaksa le aku buat lg esoknyer tu.

resepinyer mudah sahaja
1 paket agar-agar
1 tin susu cair
15 sudu milo
Gula
Biskut Oreo

Cara-cara

Panaskan air sedikit untuk larutkan agar-agar, kemudian masukkan milo, susu cair dan gula biarkan semua sebati dan larut. dalam acuan tu nanti letakkan sekeping oreo kemudian tuang agar2 yang telah masak tadi separuh acuan dan bila agar2 agak sejuk kita taruk lagi oreo kemudian kita tuang lebihan agar2 untuk lapisan terakhir. nanti hasilnya seperti gambar di bawah:

Selasa, 23 April 2013

Felt Craft - 1st time

Assalamualaikum..dan salam semua. fuh lama sungguh aku x tulis N3 ni. Sekarang aku belajar buat craft mcm brooch, hair clip. Tp hasilnya masih xkemas lg le cara gunting dan jahitan. so aku kena improve lg. Caiyok liza caiyok. ini lah sebahagian hasil 1st craft aku buat.